;
ASSALAMUALAIKUM.SELAMAT DATANG KE WEB KULIHATHIJAUPAS..BERITA POLITIK DAN AGAMA

Monday, March 23, 2009

Khairy Buat Laporan Polis Difitnah Dan Diugut

Monday, March 23, 2009

KUALA LUMPUR [3.15 pm] Menjelang pemilihan jawatan UMNO kali ini Khairy Jamaluddin menjadi calon pertama yang serangan buku.Buku berkenaan bertajuk ‘ Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin’ ditulis oleh Yahaya Ismail. Naib Ketua Pemuda UMNO yang akan berentap tiga penjuru jawatan Ketua Pemuda UMNO Ahad pagi membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields,Kuala Lumpur terhadap penulis buku itu. Beliau mendakwa buku berkenaan yang diedarkan kepada para perwakilan sejak minggu lalu adalah untuk mencemar nama baiknya.Khairy juga mendakwa Yahaya cuba peras ugutnya RM100,000. Dakwanya Yahaya ada datang ke pejabatnya menuntut wang itu jika ia tidak mahu diedarkan. Penerbitan buku itu dikatakan ditaja oleh musuh politiknya. Kata Khairy buku itu mengandongi berbagai pembohongan mengenai dirinya dan minta perwakilan UMNO tidak mempercayainya. Yahaya ialah seorang penulis buku-buku politik yang pernah menerbitkan sebilangan buku sebelum ini




0 comments: