PETALING JAYA [3.00 pm] - Mohamad Fairus Khairuddin telah meletakkan jawatannya Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 dan ahli Exco negeri itu berkuatkusa 8 April ini. Perkara itu disahkan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang telah pun menerima surat peletakan jawatan peletakan tersebut hari ini.
Bagaimanapun katanya, Mohamad Fairus akan kekal sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti dan juga anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR). Lim bagaimanapun enggan mendedahkan sebab peletakan jawatan Mohamad Fairus. Semalam, Lim berkata, beliau meluluskan permohonan Mohamad Fairus atas permintaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum itu, beliau menafikan desas desus kononnya timbalannya itu telah dipecat dan menegaskan bahawa buat masa ini beliau tidak bercadang untuk menukar timbalannya.
[Ramai yang sudah menjangkakan bahawa Fairus akan letak jawatan, bahkan pihak kami telah mendapat maklumat beberapa hari yang lalu bahawa beliau dijangka akan melompat ke BN gara-gara tidak tahan dengan tohmahan dan kerenah pemimpin PKR setempat yang senantiasa cuba mengadu domba terhadap dirinya. Namun setakat berita ini dikeluar beliau masih lagi ADUN Penanti. Apakah BN sanggup membeli "Fairus" yang menjadi wakil rakyat di kawasan "panas" parlimen Permatang Pauh yang diwakili Anwar. Apakah Fairus ada nilai "komersial" di sisi Najib Razak dan juak-juaknya dalam UMNO agaknya. Namun begitu kami amatlah berharap agar Fairus tetap setia bersama PKR dan tidak membuat keputusan yang akan mengeruhkan lagi keadaan politik di negeri itu].
Monday, March 23, 2009
Eksklusif: Kemelut Politik Pulau Pinang, Akhirnya Sah Timbalan Ketua Menteri I Fairus Khairuddin Letak Jawatan TKM Dan Exco Kerajaan Negeri !!
Monday, March 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment