;
ASSALAMUALAIKUM.SELAMAT DATANG KE WEB KULIHATHIJAUPAS..BERITA POLITIK DAN AGAMA

Friday, February 27, 2009

Pelaksanaan PPSMI: PIBGN kritik meja bulat Kementerian Pelajaran

Friday, February 27, 2009

PENGERUSI Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Mohamad Ali Hassan

mengkritik persidangan meja bulat anjuran Kementerian Pelajaran bagi membincangkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang didakwa 'tidak begitu bebas'.

"Kita perlu kajian yang benar-benar bebas.Mungkin sudah tiba masanya kita menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi mengkaji pelaksanaan PPSMI. Meja bulat nyata tidak begitu bebas. Tidak ada laluan yang bebas.
Gabungan nasional PIBG tidak rasmi kira-kira 8,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara pertama kali hadir ke mesyuarat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) di pejabat Persatuan Penulis Nasional (Pena) di ibu negara, Isnin lalu. Mohamad Ali berkata, sokongan majlis tersebut terhadap GMP bagi mendesak pemansuhan PPSMI, termasuklah sedia terlibat dalam perhimpunan raksasa 100,000 orang di Istana Negara pada 7 Mac.

“Kita minta kerajaan membuat keputusan segera. Jangan sampai ibu bapa turun buat demonstrasi, termasuklah di jalanan secara haram.“Sekarang ini trend penduduk tidak lagi khuatir (berdemonstrasi), seperti juga amalan bangsa-bangsa lain (di seluruh dunia). “Kita mahukan keadaan aman, (kerajaan perlu) buat keputusan segera. Jangan tunggu selepas perhimpunan Umno (24 – 28 Mac ini) atau tahun depan baru hendak buat keputusan,”
katanya.
GMP menganjurkan perhimpunan besar minggu depan bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda berhubung dasar itu. - sumber malaysiakini.com

0 comments: