Karpal bagaimanapun menarik balik perkataan "celaka" itu setelah diarah oleh Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 petang tadi ketika ahli parlimen Bukit Gelugor itu masuk melalui pintu utama bangunan tersebut.
Kira-kira 20 hingga 30 ahli Pemuda Umno terbabit dan mereka dipercayai dari Selangor and Kuala Lumpur. Bagaimanapun, Karpal kemudiannya menelefon Ahli Drewan Rakyat Fong Poh Kuan yang kemudian tiba bersama beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat lain. Ekoran itu berlaku kekecohan antara kumpulan penyokong Umno dengan wakil-wakil rakyat pembangkang di situ sebelum pengawal keselamatan tiba untuk meleraikan mereka. Ketika ditemui pemberita, kumpulan tersebut menunjukkan kad keahlian mereka dalam Pemuda Umno.
Ahli Dewan Rakyat DAP juga mengadu bahawa anggota keselamatan Parlimen tidak berbuat apa-apa untuk melindungi Karpal mereka tiba di situ. Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng juga mendakwa beliau telah dipukul oleh kumpulan anggot Pemuda Umno itu. Menurutnya, beliau dipukul beberapa kali di muka dan bahagian badannya.
Dalam sidang akhbar tersebut, pergerakan Pemuda Umno memberi tempoh 24 jam untuk pengerusi DAP itu mengemukakan bukti Pemuda Umno bertanggungjawab atas kiriman peluru dari Ipoh baru-baru ini. Khairy berkata tuduhan yang dilemparkan anggota parlimen satu tuduhan liar, gila serta berniat jahat. "Karpal sepatutnya tidak bersembunyi dan berselindung di belakang kekebalan seorang ahli parlimen dengan membuat tuduhan yang tiada asas dan kebenaran. "Jika beliau ada bukti bahawa peluru tersebut dihantar oleh Pemuda Umno, kami dengan ini mencabar Karpal untuk menunjukkan bukti dalam 24 jam. "Sekiranya beliau gagal memberi sebarang bukti, rakyat Malaysia bolehlah menganggap dirinya seorang penipu yang sudah hilang segala kredibiliti dan kewarasan," Khairy.
Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia kesal dengan kejadian tersebut, yang menurutnya, pertama kali berlaku di Parlimen. Katanya, beliau akan meminta Kementerian Dalam Negeri supaya menyiasat perkara itu dan berjanji akan memastikan perkara itu tidak berulang.
Manakala Karpal pula dengan tegas berkata: "Saya mungkin kurang upaya, tetai saya tidak tunduk kepada ugutan mana-mana pihak."
0 comments:
Post a Comment