;
ASSALAMUALAIKUM.SELAMAT DATANG KE WEB KULIHATHIJAUPAS..BERITA POLITIK DAN AGAMA

Tuesday, February 17, 2009

NASIB ANGKA 13

Tuesday, February 17, 2009

Assalamualaikum,

Di banyak taman perumahan, kalau kita cari rumah nombor 13 tidak akan berjumpa. Yang ada ialah rumah no. 9, 11, 11A, 15, dan seterusnya. Ini adalah kerana ada orang yang begitu amat percaya tentang sueh nya angka 13. Kalau pemaju meletakkan nombor 13 kepada sesebuah unit rumah, mungkin unit tersebut susah dijual.

Untuk orang Islam, mempercayai tahyul yang sedemikian adalha satu bentuk syirik.

Tetapi mungkin secara kebetulan, banyak perkara malang berlaku dengan nombor 13 ini. Kapal angkasa Amerika Apollo 13 mengalami masalah diangkasa, nasib baik selamt sampai bumi. Space Shuttle Columbia, STS-107, meletup semasa dilancar ke angkasa, adalah pelancaran ke 113 dalam siri space shuttle.Dan banyak lagi.

Pilihanraya 13 akan pasti sampai. BN dah lama berada diatas.Sampai masa kut dia jatuh. Ada puaka ke nombor 13 tu?

______________________________________________________________________



Disini saya ingin menambah sedikit tentang Rahsia angka 13:

Rahsia Angka 13Inilah dia rahsia as-solat, rujuk Ustaz untuk kepastian...

1 - Niat Sembahyang :Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul :Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram :Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah :Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' :Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal :Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud :Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud :Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
1 0 - Tahhiyat Akhir :Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi :Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam :Memelihara kita di dalam kubur.13 - Tertib :Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T."Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan anda yang perasan!!!"

Wassalam.

0 comments: