;
ASSALAMUALAIKUM.SELAMAT DATANG KE WEB KULIHATHIJAUPAS..BERITA POLITIK DAN AGAMA

Tuesday, February 17, 2009

Elizabeth tawar letak jawatan, KeADILan akan bermesyuarat!

Tuesday, February 17, 2009

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Hrkh) - Parti KeADILan akan mengadakan mesyuarat dalam waktu terdekat untuk membincangkan pendirian Elizabeth Wong yang memutuskan untuk meletakkan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Adun Bukit Lanjan.

"Beliau hanya menawarkan untuk melepaskan kedua-dua jawatan, bukan meletakkan jawatan.

"Beliau baru sahaja membuat pengumuman dan beliau juga sudah memaklumkan kepada kami malam tadi, kami sudah mendapat penjelasan penuh mengenai isu ini dan kami akan membuat keputusan dalam waktu terdekat," kata Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali dalam satu kenyataannya kepada akhbar online hari ini.

Terdahulu pada pukul 11.40 pagi tadi, selepas dua dua hari didedahkan penyebaran gambar dan video separuh bogel, Elizabeth mengumumkan keputusannya untuk meletakkan jawatan Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Bukit Lanjan.

Keputusan itu dijangka membuka laluan kepada pilihan raya kecil ketiga tahun ini selepas Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah.

Beliau mengumumkan pendiriannya itu pada sidang media pukul 11.40 pagi tadi di Ibu Pejabat KeADILan di sini.

"Saya menerima sokongan padu daripada keluarga, pemilih kawasan saya, rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, sahabat dan masyarakat umum.

"Bagaimanapun, demi kepentingan parti, saya telah memutuskan untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor dan juga ADUN Bukit Lanjan," katanya dengan nada sebak manakala penyokong-penyokongnya pula mendesak beliau menarik balik keputusannya.

"Saya akan berbincang dengan Menteri Besar untuk mengaturkan penyerahaan tanggungjawab saya dengan baik.

"Saya akan terus berkhidmat untuk rakyat dan berjuang untuk keadilan di Malaysia," kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor.

Khalid yang juga Pengerusi KeADILan Selangor dijadual membuat kenyataan rasmi mengenainya tidak lama lagi.

0 comments: