;
ASSALAMUALAIKUM.SELAMAT DATANG KE WEB KULIHATHIJAUPAS..BERITA POLITIK DAN AGAMA

Monday, November 02, 2009

Siapa Nasharuddin dan Hassan Ali ni huh?

Monday, November 02, 2009

Umur baru setahun jagung dalam PAS dah mula buat onar. Kalau tidak kerana (sapalah ahli PAS yang undinya tu) jadi dilantik sebagai Timbalan Presiden sapa pun tak kenal. YB Hassan Ali kalau tidak kerana kursus motivasinya dulu sapa pun tak tahu. Mereka ni orang baru dalam parti PAS. Tapi ahli-ahli PAS ni jenis tak kisah baru ke lama. Nasib dia orang la kan, tak ada sapa pun nak kisah atau dengki.

Tapi duduklah elok-elok, tadbirlah baik-baik dah kita sampai ke puncak. Kita tak kisah. Jangan buat hal dan buat perangai. Penyokong PAS ni ramai golongan marhaen macam kami. Macam-macam kena lalui, dari kecik dilatih berdikari, dilatih menghormati pimpinan, asal saja ikut aturan dan tidak melanggar sunnah.

Sambil tu pulak tengok2 la susur-galur jatuh bangun PAS. Bukan senang oii nak ambik sebuah kerajaan. Berhempas pulas siang malam berlawan dengan UmnoBN. Dah lihat tengok perhati ambillah contoh tauladan. Pemimpin mana yang bagus, dihormati semua orang, lama mana memimpin negeri ke pusat ke ,DUN ke, Parlimen ke....sapa yang paling dihormati kalangan rakyat pelbagai bangsa dan ugama? Sapa huh?

Tidak ada tandingnya setakat ini dengan cara hidup yang zuhud terkenal seantero (kalau bukan dunia, asia)....sapa tu kalau bukan Dato' Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz. Kita ni bukan tukang kempen atau pengipas TGNA, jauh sekali. Tapi buka matalah sikit. Berapa kerat pemimpin yang macam beliau ni. Sudah berpuluh tahun (20 tahun di Kelantan)berjuang bagi memartabatkan parti PAS supaya diterima oleh semua bukan sahaja untuk orang Islam. Allah jualah yang membalas jerih payah beliau dalam perjuangan.

Jadi janganlah kerana dua tiga kerat ni dapat merosakkan perjuangan lebih 50 tahun perjuangan PAS. Bila orang bawah marhaen tak suka bergabung dengan UMNO (bahkan Dato' Dolah Ahmad dan Tun Mahathir pun tak setuju), janganlah cuba-cuba bermain mata lagi. Ini berapa kali sudah TGNA pesan jangan lagi sebut pasal UG..alih dalam muktamar terakhir TGHH sebuat jugak..awak2 yang lain pun buka mulut jugak. Diam sekejap timbul lagi balik. Apa mainannya ni? Apa maknanya keputusan muktamar di Ipoh? Apa makna keputusan dalam muktamar dan mesyuarat kalau tak diikuti?? Keputusan mesyuarat ke, muktamar ke adalah keputusan majoriti sehingga penyokong tanpa parti di bawah. Apa guna keputusan kalau dua tiga kerat pimpinan membuat keputusan pok pek di belakang?

Ini baru dua tiga negeri memerintah..apa kata semua negeri?

Inilah ujian. Ditimbulkan oleh Allah penyakit geligatal yang sememangnya dari asal telah ada dalam hati mereka2 ini. Bila Tuhan nak tunjuk jelas, maka di depan orang ramai pun menggaruk. Rasa tak boleh tahan, tahan pun tangan garuk jugak!!!

Terpulanglah pada pimpinan. Tok Guru dah bagi pertunjuk. Orang yang ada penyakit dalam hati tak boleh ada dalam saf. Kalau tak nak dengar peringatan yang telah pun diberikan, terpulanglah. Yang beri peringatan pula bukan calang-calang...beliau terlantik dan dilantik sebagai MURSYIDUL 'AM....suatu jawatan tertinggi dalam hieraki jemaah. Bukan saja badannya sebagai Menteri Besar Kelantan PAS terlama, pemerintahan terpuji, menjadi contoh kawan dan lawan bahkan dari luar negara, tetapi juga digelar dalam akhbar2 orang putih sebgai pemimpin tertinggi kerohanian dalam PAS...Allahu Akbar.

Masih butakah kita?

Jadi cubalah teliti pandangan dan tunjukajar orang tua tersebut. Jangan menyesal tak sudah di belakang hari. TGNA tidak ada kepentingan apa2. Marahnya seperti bapa dan anak. Tunjuajar tegurannya pun untuk kebaikan generasi kita yang akan datang. Jangan kerana dua tiga kerat kita menyesal tak sudah.

"Allah Jualah Yang Maha Mengetahui".............

- Ahmad Shuhaimi
02.11.2009

0 comments: