SUKA atau tidak, pertembungan bakal berlaku di antara yang memperjuangkan hak dengan puak yang memperjuangkan yang bathil. Ini bererti terdapat dua puak, iaitu puak yang ingin melaksanakan perintah Allahdengan puak yang memperjuangkan perkara yang dilaknat Allah. Tanggal 01 Ogos ini, demontrasi dan perarakan kumpulan yang mendesak agar akta zalim ISA itu dimansuhkan akan berdepan dengan puak yang jahilliyah menyokong akta ISA tersebut kononnya negara ini selamat dan aman jika akta ISA itu terus dikekalkan.
Alasan mereka, akta ISA tidak perlu dimansuhkan tetapi cukup sekadar diubahsuai atau dipinda perkara-perkara tertentu sahaja. Bak kata KJ Ketua Pemuda Umno, akta tersebut masih releven walaupun bapa mertuanya telah mulai sedar dari tidor menyatakan akta tersebut perlu dimansuhkan. Siapa yang mahu mendengar lagi kata-kata orang yang sudah tiada kuasa ini? Apabila gigi sudah tiada, usahlah cuba nak mengaum. Menantu pun dah tak peduli lagi apa yang beliau katakan. Maklumlah, menantu pun nak cari makan juga.
Hujah mereka yang sokong akta ISA ini adalah kerana akta ini banyak memberi kesejahteraan pada negara ini terutamanya orang-orang Melayu. Mereka berhujah, akta ini perlu dipinda sahaja iaitu jika dahulu tahanannya begitu lama, kini mungkin boleh dipendekkan. Mengapa dungu sangat pemikiran mereka-mereka ini? Rakyat bukan membantah pasal berapa lama tahanan mereka yang ditahan di bawah akta tersebut, tetapi yang dibantah dan ternyata zalim adalah tahanan tanpa bicara di bawah akta berkenaan. Sampai sekarang pun ada yang sudah bertahun-tahun masih merengkok dalam penjara tanpa bicara. Bukan pula masalah makanan di penjara itu sedap atau tidak, masalahnya mereka ditahan tanpa dapat membela diri. Adilkah itu? Diutamakan rakyatkah itu?
Apa pula pendapat para-para Mufti tentang akta ini? Takkan Mufti nak berfatwa atau berhukum tentang sebatang lilin sahaja? Takkan kita nak guna hujah pengendali blog `Kuda Kepang’ untuk menghalalkan akta tersebut. Kuda Kepang setahu saya, semakin laju tarinya semakin mabuk jadinya. Kadang-kadang Kuda Kepang dirasuk hantu pula. Takkan `fatwa’ dia kita nak guna? Di mana suara Jamil Khir dan Mashitah? Tak tahu nak beri hukumkah atau masih tak jumpa kitab untuk dirujuk?
Pedulikan raja katak yang nak bawa geng-geng dia. Pedulikan juga jika PEKIDA nak memperbodohkan ahli-ahli mereka. Tugas kita terus berjuang selagi adanya akta tak berhati perut ini. Nasib baik kita tolak Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan itu. Jika tidak, `comfirm ‘ kita juga terlibat bersubahat `memakan darah daging’ sesama kita manusia ni.
0 comments:
Post a Comment