Dua hari menjelang pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini, PAS yakin telah hampir mencapai sasarannya bagi mempertahankan kerusi tersebut, kata Pengarah Pilihanraya PAS negeri, Fatah Harun.
"Setakat ini, pada pusingan pertama, sasaran kita sudah sampai. Tetapi kita tidak boleh berdiam diri... kita kena terus juga (berusaha) supaya berada di tahap yang dikehendaki," katanya dalam sidang media harian PAS.
"Hendak kata seratus peratus tidak bolehlah, tetapi hampir sampai ke matlamat dan sasaran kita," tambahnya.
Mengulas lanjut peluang PAS, Fatah berkata, culaan mendapati pengundi Manek Urai yang berada di luar DUN itu, akan menyokong parti itu seperti dalam pilihanraya umum lalu, walaupun tidak diberikan sebarang subsidi untuk pulang mengundi.
"Kita tidak ada apa-apa subsidi. Barangkali yang tuntut tambang itu bolehlah kita ikhtiar bayar," katanya sambil berkata kumpulan itu telah dihubungi melalui pelbagai kaedah, termasuklah mengadakan
pertemuan, panggilan telefon dan SMS.
Malaysiakini difahamkan, terdapat 1,300 pengundi parti itu di luar Kelantan. Manakala 400 lagi berada dalam negeri, tetapi di luar Manek Urai.
Difahamkan juga, penyokong Umno di luar Kelantan pula seramai 500 orang.
Mengenai kemungkintan berlakunya penipuan melalui pengundi hantu, Fatah berkata perkara itu "bukanlah isu sangat" di Manek Urai kerana penduduk kampung di sini saling kenal-mengenali antara satu sama lain.
'Kejutan PAS'
"Penduduk kampung berbeza dengan penduduk bandar. Kadang-kadang (kediaman sejauh) sebatu, dua batu mereka sudah kenal. Kalau di bandar, kadang-kadang jiran pun tidak kenal.
"Sebab itu, kalau ada pengundi tak betul, (mereka) akan dikenalpasti oleh ejen pengundian kita," katanya yang juga anggota biro politik PAS negeri.
Sementara itu, disoal tentang "kejutan" PAS yang dijanjikan sebelum ini apabila memasuki tahap akhir kempen, Fatah masih mahu berteka-teki mengenainya.
"Itu rahsia," katanya, sambil memberitahu esok merupakan masa yang paling sesuai bagi mengumumkannya.
Beliau bagaimanapun menyifatkan kejutan itu tidak seperti "pengumuman besar" Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin - yang dijadualkan diumum jam 3 petang ini di Manek Urai Lama.
"Kita ada cara lain. Bukan bermakna hendak seimbangkan dengan (pengumuman) BN. Kalau tidak ada timbalan perdana menteri pun (buat pengumuman pun), kita akan buat juga sesuatu."
Diminta mengulas ketidakhadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak setakat ini, Fatah berkata:
"Saya tidak boleh hendak jangka (kehadirannya). Perdana menteri tidak hadir, kemungkinan dia sudah tahu melalui risikannya, isu Altantuya yang berlaku sebelum ini, memang kita simpan.
"Kalau dia mari, kita akan gunakan isu ini. Setakat ini kita akan bekukan dulu isu ini."/Malaysiakini
Monday, July 13, 2009
Fatah: PAS hampir capai sasaran menang
Monday, July 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment