;
ASSALAMUALAIKUM.SELAMAT DATANG KE WEB KULIHATHIJAUPAS..BERITA POLITIK DAN AGAMA

Wednesday, April 22, 2009

Tun Mahathir, Perosak Agama Dan Budaya Bangsa!

Wednesday, April 22, 2009

Bicara saya bukan tentang keturunannya, tetapi perangai dan tabiatnya. Melayu, bangsa yang kaya dengan budi, mewah dengan bahasa. Melayu juga yang selalu kena ‘badi’ dan Melayu juga yang cepat layu pabila dipuji. Melayu akan bangkit pabila dikeji dan Melayu juga yang kerap tewas pabila diuji.

UMNO, sebuah parti siasah di mana berkumpulnya segala sejarah putih, hitam, biru dan kuning penderitaan, perjuangan dan pembangunan Melayu. Tetapi itu telah dibungkus rapi menjadi sejarah oleh pemimpin UMNO sendiri.

Hari ini UMNO menjadi parti Melayu yang mencatat diari padat dengan penipuan, pendustaan, penindasan, pengkhianatan dan kesombongan yang maha dahsyat. UMNO telah menyebabkan bukan hanya Melayu yang jatuh ke lembah kehinaan, malahan UMNO telah mencalar dan memusnahkan keagungan Agama Islam, ketuanan Bangsa dan Bahasa Melayu serta kedaulatan Negara.

UMNO cemar dan musnahkan segala impian murni rakyat Malaysia lantaran tindak-tanduk pemimpin mereka masakini yang rakus dan haloba.

Watak utama yang meragut keindahan budaya Melayu dan keharmonian bermasyarakat rakyat Malaysia, tidak lain adalah Mamak yang telah diangkat oleh UMNO menjadi Melayu - Mahathir Kutty bin Mohamed Iskandar Kutty, bekas presiden UMNO!

Rakyat Malaysia dan masyarakat dunia menyaksikan dengan rasa hampa, malu dan meluat segala tindak-tanduk Tun Mahathir yang telah dengan lantang dan biadap bukan hanya mengkritik malahan menghina dan menjatuhkan maruah serta nama baik Dato' Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi serta keluarganya.

Belum sampai setahun Dato' Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi mentadbir negara, Mahathir telah menelanjangkan segala kesilapan dan kealpaan Abdullah seolah-olah beliaulah yang maha benar dan maha betul. Tidak puas dengan hinaannya terhadap Abdullah Badawi yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia, Mahathir turut dengan sombong dan egonya mengheret menantu Abdullah Badawi, Khairy Jamaluddin dan ke dalam kitap hinaannya.

Beberapa tahun sebelum beliau 'terpaksa' melepaskan jawatan presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad bersama ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Setiausaha politiknya ketika itu telah dengan penuh kezaliman dan kesialan hati bukan hanya menfitnah, tetapi turut mengkhianati Dato' Seri Anwar Ibrahim serta keluarganya.

Perlakuan Tun Mahathir yang jelas menonjolkan kebiadapan dan terlalu bercanggah dengan budaya Melayu serta peradaban rakyat Malaysia ialah semasa perhimpunan agong UMNO Mac lalu.

Lantang dengan nada sombong dan bongkaknya Tun Mahathir menyatakan bahawa beliau tidak akan menghadiri perhimpunan tersebut. Apa yang berlaku beberapa jam setelah Dato' Seri Najib Razak dipilih menjadi presiden UMNO menggantikan Dato’ Seri (Tun) Abdullah Badawi, Mahathir menyertai perhimpunan tersebut. Perlakuan ini jelas menunjukkan sikap sebenar Mahathir Mohamad.

Tun Mahathir dengan jelas telah melafazkan perasaan dendam, busuk hati dan kehinaan tingkah-lakunya melalui perlakuannya itu. Bukankah kehadirannya hanya untuk menunjukkan bahawa beliau ‘membenci’ Dato' Seri Abdullah Badawi? Wahai Tun Mahathir, apa yang Tun lakukan pada hari tersebut bukanlah budaya Melayu dan amat bertentangan dengan adab masyarakat Malaysia.

Dato' Seri Abdullah Badawi sehingga hari terakhirnya sebagai Perdana Menteri telah berulang kali menyatakan permohonan maaf kiranya beliau bertindak sesuatu yang tidak sehaluan dengan Tun Mahathir. Apakah permohonan maaf Abdullah patut dibalas dengan penghinaan oleh Mahathir?

Wahai Tun Mahathir, kamulah insan berketurunan Mamak yang telah dinobatkan sebagai Melayu oleh UMNO dan kamu juga telah bertindak seperti peribahasa Melayu "Kacang yang lupakan kulit". Kesombongan Tun telah mencapai tahap yang boleh merosakkan agama Islam, bangsa Melayu serta kesejahteraan rakyat Malaysia.

Mulai hari dan ketika ini, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar mengenepikan secara total segala pandangan Tun Mahathir kerana ianya banyak yang bakal menjahanamkan agama, bangsa dan negara tercinta!

0 comments: