Ramai yang kecewa menonton rancangan "Blog" yang disiarkan di RTM 1 semalam. Rancangan yang pada awalnya dikatakan menampilkan blogger yang hebat-hebat kini sudah semakin hilang taringnya. Malah rancangan itu dilihat "tawar" dan "tidak berperisa" bila rancangan sehebat itu kini hanya menampilkan blogger-blogger kelas dua dan tidak dikenali untuk berbicara soal-soal isu semasa. Entah kenapa agaknya, RTM cuba untuk memesongkan minda rakyat dengan menampilkan blogger yang tidak popular untuk membicarakan sesuatu yang sudah boleh dijangka oleh para penonton semua. Rakyat bukan mahu sangat melihat rancangan "Blog" itu sebenarnya, tetapi dek kerana melihat itulah sahaja rancangan ilmiah yang dilihat telus dan benar untuk dijadikan penyedap halwa telinga mereka. Jika pada awalnya pihak RTM mengundang blogger-blogger terkenal termasuk Raja Petra Kamaruddin (RPK), kini mereka hanya berani mengundang blogger "cap ayam" yang langsung tidak dikenali. Terbaru semalam, rancangan blog telah menampilkan seorang blogger yang dikenali sebagai Hasrul Khalid (foto) iaitu penulis blog www.suratdalambotol.blogspot.com sebagai tetamu khas dan panel rancangan itu. Apalah ertinya rancangan blog, bila sekadar mengundang blogger yang tidak bermaya dan pro-UMNO seperti itu. Maka apakah yang ingin diperkatakan sebenarnya. Apa yang pasti, kami berpendapat bahawa jika inilah caranya RTM ingin mempopularkan rancangan tersebut maka lama kelamaan rakyat akan terus bosan melihatnya lagi. Apatah lagi bagi menarik perhatian para penyokong Pakatan Rakyat sebenarnya.
[KOMEN KLHP:Ramai pihak yang mahukan pihak kami dipanggil sebagai tetamu khas rancangan itu. Ini memandangkan salah seorang blogger kami iaitu cucumatkilau telah 10 tahun berkecimpung dalam bidang penulisan blog ini. Justeru itu, beliau mempunyai pengalaman yang cukup luas untuk berbicara hal-hal blog ini. Langkah pihak RTM memanggil blogger kelas tiga sebagai tetamu amatlah memualkan dan tidak wajar berlaku. Tambahan pula, rancangan itu kini mempunyai rating yang tinggi dikalangan rakyat terutamanya bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang blog ini. Pihak kami akan berbincang dan membuat pertimbangan sekiranya diundang oleh RTM bagi menjadi tetamu khas].
Wednesday, April 22, 2009
Eksklusif: Rancangan Blog Terbitan RTM Semakin Lesu Dan Tidak Bermaya Bila Menjemput Blogger Tidak Popular Menjadi Tetamu Khas Malam Tadi
Wednesday, April 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment