;
ASSALAMUALAIKUM.SELAMAT DATANG KE WEB KULIHATHIJAUPAS..BERITA POLITIK DAN AGAMA

Saturday, March 14, 2009

Tun Mahathir mahu PPSMI diteruskan

Saturday, March 14, 2009

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertanggungjawab memperkenalkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mahu dasar itu diteruskan demi masa depan generasi muda.

Bekas Perdana Menteri itu berkata negara seperti Korea Selatan dan China kini giat menggalakkan rakyat mereka belajar bahasa Inggeris kerana sedar kepentingan berkomunikasi menjadi asas penting dalam meningkatkan daya saing.

“Apabila saya memperkenalkan PPSMI, keputusan itu berlandaskan kepada hakikat bahawa bahasa Inggeris adalah lingua franca atau bahasa global, terutama bagi kedua-dua subjek berkenaan dan wajar dikuasai anak-anak kita supaya tidak ketinggalan.

“Saya lihat kebanyakan yang membantah isu ini sendiri berpendidikan Inggeris dan petah berbahasa Inggeris tetapi tidak mahu pula generasi muda kita menguasai ilmu yang sama. Saya tidak faham motif sebenar mereka ini,” katanya majlis pembukaan rasmi bangunan baru dan sidang akhbar Persatuan Bekas Pelajar-Pelajar Maktab Sultan Abdul Hamid di sini, hari ini.

Dr Mahathir juga hairan kenapa ada pihak mempersoalkan PPSMI akan menyebabkan generasi muda hilangan keMelayuan mereka apabila mengagung dan menguasai bahasa Inggeris.

“Sebahagian besar persekolahan awal saya sendiri menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara.

Apakah saya menjadi ‘kurang’ Melayu kerananya, malah saya masih fasih berbahasa Melayu dan menganggap diri saya sebagai nasionalis Melayu,” katanya.

http://www.bharian.com.my

Ingatkan dah mati atau paling-paling tidakpun dah tak berani lagi nak bersuara…rupa-rupanya sangkaan kita meleset..

alang-alang aku wujudkan PPSMI… kan ku teruskan sampai akhirnya,walaupun sejuta rintangan..

1 comments:

KuLihatHijauPas (KLHP) said...

dala tu TUN, da tua ni banyakkan buat amal.. g masjid tambah pahala.. bukan nak menindas bangsa sendiri... fikir la u ni da tua... nak kata u ni pandai x jgk.. pernah jd cikgu??? anak2 u pun xpandai xde pun top student... semua top caplat harta kerajaan..