;
ASSALAMUALAIKUM.SELAMAT DATANG KE WEB KULIHATHIJAUPAS..BERITA POLITIK DAN AGAMA

Thursday, March 05, 2009

Abdullah khianati negara serah tugas kepada Najib

Thursday, March 05, 2009

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh) - Tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang bertegas mahu menyerahkan tugas beliau kepada timbalannya dianggap satu pengkhianatan kepada negara.

Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar menegaskan Abdullah tidak sepatutnya menyerahkan jawatan Perdana Menteri kerana timbalannya itu dikaitkan dengan pelbagai skandal.

"Najib masih lagi belum dibersihkan oleh mana-mana mahkamah jadi kreadibilitinya dipersoalkan kerana terpalit dengan pelbagai isu. Oleh yang demikian, tidak sepatutnya Abdullah menyerahkan tugas beliau kepada Najib kerana rakyat tidak mahu seorang pemimpin yang penuh dengan skandal," tegas beliau.

Mahfuz juga menegaskan negara ini tidak memerlukan seorang pemimpin yang telah teruk rosak kreadibilitinya akibat dari kesilapannya sendiri.

Selain itu tegas beliau, pelabur asing juga tidak akan datang ke negara ini jika Malaysia memiliki pemimpin yang dipertikaikan moral dan keupayaannya.

"Jika Abdullah tetap dengan pendiriannya untuk menyerahkan tugas kepada Najib maka kepimpinan negara akan diwarisi oleh pemimpin yang rasuah," tegas Mahfuz.

Kepimpinan kerajaan yang ada hari ini jelas beliau banyak diwakili oleh pemimpin Umno - sebuah parti yang dikaitkan dengan amalan politik wang- jadi adalah malang bagi rakyat negara ini kerana memiliki pemimpin yang mengamalkan rasuah.

Sehubungan dengan itu, Mahfuz menjelaskan tidak wajar bagi Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan tugas beliau kepada Najib sehingga timbalannya itu dibersihkan oleh undang-undang.- tmj

0 comments: