;
ASSALAMUALAIKUM.SELAMAT DATANG KE WEB KULIHATHIJAUPAS..BERITA POLITIK DAN AGAMA

Monday, November 02, 2009

Kesian! Kesian! Kesian! Bekas Mufti Perlis kena tahan, ceramah tidak ada tauliah

Monday, November 02, 2009

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tengah malam tadi kerana dipercayai mengajar ilmu agama tanpa tauliah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi.

mazaa1

Bekas MUfti Perlis, Dr Asri ditahan JAIS.

Bagaimanapun beliau dikehendaki hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada pukul 9 pagi esok untuk merakamkan keterangan.

Sementara itu dalam sidang media selepas dibebaskan, Dr Asri bagaimanapun menolak sebab penahanannya ialah atas dakwaan beliau merupakan pengikut Wahabi.

“Dia (anggota JAIS) tak sebut pun perkara itu (Wahabi) kepada saya, dia kata saya mengajar tanpa tauliah, dia tak kata isu itu.

“Isu yang dia kata ialah kerana saya tidak ada tauliah… itu sahaja,” katanya.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika Mohd Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.

Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila sekumpulan lelaki yang berada di dalam banglo berkenaan cuba menghalang penguat kuasa JAIS untuk menahan Mohd Asri.

Pihak polis yang memantau operasi berkenaan hanya menjadi perantara kerana tidak mempunyai waran tangkap.

Turut sama berada dalam banglo berkenaan yang juga sedang mengikuti ceramah oleh Mohd Asri ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib.

Mengulas mengenai kejadian tersebut, Mohd Asri menganggap penangkapannya itu telah dirancang sejak awal.

Mana Exco Kerajaan Selangor yang jaga Agama ni. Sampai Bekas Mufti pun kena tahan kerana tak ada tauliah juga. Ingat dak dulu Kerajaan BN Selangor (Khir Toyo) berkelahi dengan Muftinya sendiri, Arwah Dato Ishak Baharom atas isu Agama (Ratu Cantik). Ni Hassan Ali pula yang jaga Agama di Selangor (Mufti dan Tauliah). Nampaknya perangai Khir Toyo = Hassan Ali.

Kesian! Kesian! Kesian kat Bekas Mufti. Hormatlah sikit ni Bekas Mufti, tauliah apa sangat.

0 comments: