;
ASSALAMUALAIKUM.SELAMAT DATANG KE WEB KULIHATHIJAUPAS..BERITA POLITIK DAN AGAMA

Friday, August 07, 2009

Teman teruja dengan tulisan Che Det hari ni....tajuknya...BUDAYA ANWAR Cerita empunya story ni...kununnya...maka bapak segala demonstrasi jalanan

Friday, August 07, 2009

Teman teruja dengan tulisan Che Det hari ni....tajuknya...BUDAYA ANWAR

Cerita empunya story ni...kununnya...maka bapak segala demonstrasi jalanan ialah Anwar Ibrahim lah adanye.....

Begini hikayat empunya ceritera...

1. Apabila sahaja saya dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 1974, maka Anwar Ibrahim pun mula menghasut penuntut universiti untuk mengadakan tunjuk perasaan jalanan. Isunya apa saya sudah lupa.

Biasalah melayu opppss mamak memang mudah (conveniently) lupa..!! Anwar Ibrahim dok sokong hang pada masa tu...

2. Walaupun Anwar bukan pengasas demonstrasi jalanan tetapi sejak dia memasuki politik, taktik memperalat orang untuk menjayakan dirinya melalui demonstrasi jalanan kerap diguna olehnya. Dianya memuncak apabila disingkir daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Tiap minggu demonstrasi diadakan.

Che det ni lupa...masa tahun 1983 sapa yang buat perhimpunan umum di Alor Setar, Batu Pahat dll sebab nak sekat kuasa raja-raja?...Baca ni...hang kalut Che Det...hang memang mudah terforgot..http://bulanpenuh2012.blogspot.com/2008/05/umno-biadap-umno-derhaka-bahagian-tiga.html

3. Budaya demonstrasi datang dari luar. Memang dalam keadaan terlalu tersepit dan tidak ada cara lain untuk memperjuangkan sesuatu, demonstrasi jalan terpaksa diadakan. Demikian semasa melawan Malayan Union, orang Melayu berdemonstrasi.

Aik...lupa lagi. Hang nak buat demonstrasi jatuhkan Pak Lah kat Subang Airport...tapi tak dak sambutan nak buat camno. Baru lagi la chek rasa..http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2008/05/tdm-kembali-bersuara-dan-akan-terus.html

4. Tetapi apabila cara lain terbuka luas demonstrasi tidak sepatutnya menjadi pilihan.

Hang lupa lagi ka...Mandela free sebab demo...Ghandhipun buat jugak..hang saja!!

5. Sebabnya ialah orang yang menjadi mangsa bukan Kerajaan sahaja. Yang jadi mangsa ialah peniaga, terutama peniaga kecil yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bagi mereka ini demonstrasi adalah mala petaka yang lebih buruk daripada hujan lebat. Barangan jualan terutama makanan sudah disiap dan tidak boleh disimpan. Kerugian sehari tidak dapat ditampung dengan keuntungan 10 hari atau lebih.

Hang hapraklah Che Det...berapa duit sangatlah dia orang tu rugi. Hang kebas harta negara anak beranak kroni moni hang tak habaq...Siapa Bapa Rasuah Semalaysia?

6. Peniaga lain juga akan tanggung kerugian. Tetapi kerugian yang terbesar ialah pembangunan negara untuk rakyat. Kita sedar bahawa pembangunan negara membawa banyak nikmat kepada seluruh rakyat. Banding sahaja pendapatan per kapita sebelum Malaysia dibangun dengan selepas kemajuan dicapai.

Cakap politik lagilah. Kalu hang demo tak pa...kalu Anwar semua salah. Masalahnya bukan apa...hang buat demo hang kena spray dek Nik Sepia. Padan muka he he!!

7. Apabila demonstrasi jalanan diadakan, pelabur samada tempatan atau asing akan curiga untuk melabur. Dengan itu peluang untuk kontraktor, pembekal barangan, khidmat pengangkutan, pekerja dan penjual makanan untuk pekerja - semua peluang ini akan hapus.

Aik..Najib kata semua pelabur dah balik melabur kat Malaysia. Hang apa cerita? Nak gaduh dengan Najib pulak??

8. Polis terpaksa ambil tindakan. Gas pemedih mata dan belantan diguna. Kegunaan cara keras ini biasanya diumpan oleh pendemonstrasi. Imej polis dan negara jadi buruk. Ini sangat menggembirakan Anwar kerana inilah ceritanya kepada orang luar negeri. Malaysia katanya adalah tidak demokratik, zalim, tidak ada kebebasan bagi rakyat, dan lain-lain. Demonstrasi bukan untuk mengugut kerajaan sahaja tetapi untuk tunjuk kepada dunia betapa buruknya Negara sendiri. Secara tidak langsung tujuan demonstrasi ialah supaya dianya memerintah Negara ini. Na'uzubillah.

Amboi Na'uzubillah...sakan na!! Hang boleh cakap arab no? Hang bagi tau kat Musa Hassan budak hang tu...sejak dia jadi KPN semua indeks jenayah naik. Apa ke jadahnya?? Dok sibuk fire orang demo tu buat apa??

9. Ada negara-negara di mana demonstrasi kerap diadakan. Di rantau ini pun ada. Apakah negara-negara ini berjaya?

Berjaya apa? Thaksin yang rasuah tu depa boleh halau keluaq...Kat Malaysia ni aje orang rasuah jadi menteri!!

10. Demokrasi mengizinkan demonstrasi. Samada demokrasi menguntungkan pengamal bergantung kepada pengamal. Jika pengamal tidak faham cara mengguna demokrasi, kebaikan dan keuntungan tidak akan tercapai.

Hang ajelah yang faham...paranoid.!!

11. Ada orang di sebelah sana, di Barat yang amat gembira apabila kita tidak dapat bangunkan Malaysia. Nama mereka adalah seperti Wolfowitz, Cohen dan lain-lain yang menjadi sahabat karib DSAI.

Jeff Abramoff sapa? Hang lupa?
sumber: http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/2009/08/che-det-rapat-umum-dan-demonstrasi.html

0 comments: